Monday, September 5, 2016

TARIAN TRADISI

Tarian Ngajat.
Tarian Ngajat sangat popular dalam kalangan orang Iban di Sarawak.
Tarian Ngajat terdiri daripada beberapa jenis, antaranya ialah:-
  1. Ngajat Induk
  2. Ngajat Bebunoh
  3. Ngajat Lesong
  4. Ngajat Semain
  5. Ngajat Berayah
  6. Ngajat Pua Kumbu
  7. Ngajat Kuta
  8. Ngajat Ngalu Temuai
  9. Ngajat ““Ngemai antu pala”
Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai orang-orangIban sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dahulu tarian tersebut ditarikan selepas mereka kembali dari berperang.
Tarian ini ditarikan dengan berdiri atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Bagi Gawai Sandau Arigendang rayah dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang yang menyambut gawai untuk berayah sambil membawa tengkorak musuh.
Satu lagi jenis tarian ini ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan.

Pakaian tradisiSunting

Penari lelaki akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung merupakan sejenis baju yang tebal dan keras yang diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruangtetapi tidak dijahit kiri dan kanannya.
Bagi penari wanita atau digelar sebagai 'kumang', mereka memakai pakaian tradisi seperti sugu tinggi sebagai hiasan kepala, rawai tinggi di bahagian dada, kain tenun yang diikat pada pinggang, gelang tangan dan kaki, dan anting-anting.

Peralatan muzikSunting

Muzik iringan dimainkan daripada alat-alat seperti gong besar (tawak) dan gong sederhana (bebendai), gendang ataudedumbak dan satu set gong kecilengkurumongSapeh adalah alat muzik bertali seperti gitar.
MENCACAH TATTOO SEBAGAI TRADISI

Amalan mencacah tubuh atau bertatu di kalangan generasi dulu dan kini berbeza kerana dulu, tatu menjadi budaya, identiti dan status yang mengkelaskan kedudukan kumpulan masyarakat atau sesuatu kaum.

Tatto bagi masyarakat Iban dimasa lampau merupakan simbol fisik yang secara langsung memperlihatkan sosial seseorang dalam masyarakat. 

Bagi masyarakat dayak Iban terdapat tujuh bentuk motif Tatto biasa yang digunakan oleh masyarakat dayak Iban saat ini iaitu ukir rekong, bunga terong, ketam, kelingai, buah Andu, bunga Ngkabang atau bunga tengkawang, bunga terung keliling pinggang.

Dari sisi mitologis, masyarakat Dayak Iban percaya Batara (Tuhan) menghendaki orang Iban bertatto sebagai penanda bagi Batara untuk mengenali orang-orang Iban.

Salah satu jenis tatu yang sering dilihat pada masa kini adalah tatu bunga terung. Mesti ramai yang tertanya-tanya apakah maksud ‘bunga terung’ yang dicacah di bahu kanan dan kiri mereka. Tatto bermotif bunga terong tidak sembarangan dimiliki oleh semua kalangan masyarakat.

Tatto bungga terong merupakan hasil dari seni dan tradisi di Kalimantan Barat. Tatto bunga terong merujuk maknanya pangkat atau kedudukan sebab umumnya letak pertama ada di bahu.

Corak ini akan dicacah atau dipantang pada kedua-dua belah bahu orang lelaki. Hanya orang lelaki yang mempunyai tatu ini kerana mereka mempunyai tanggungjawab yan besar dalam sesebuah keluarga.

Tatu tersebut dikatakan mempunyai semangat spritual yang tinggi kepada si pemilik tatu iaitu ianya memberi kekuatan kepada bahu kerana segala aktiviti berat akan dipikul di bahu , seperti contoh memikul bebanan sebagai anak laki-laki kepada keluarganya.

Di tengah ‘bunga terung’ pula terdapat corak pusaran yang melambangkan hidup baru dan mendapat pengaruh daripada perut berudu. Tatu ini merupakan azimat dan ‘ mantera wheel’ bagi mereka yang mengembara.

Bagi masyarakat Dayak Iban, seseorang yang memiliki tatto bunga terong di sekeliling pinggang biasanya lapan buah bererti orang itu sudah mempunyai banyak pengalaman.

Selain itu maksud tatto bunga terong juga merupakan satu petanda mereka yang sudah cukup puas merantau dan menguasai ilmu pengetahuan.

Di Semenanjung, tatu secara umumnya dianggap lambang bagi kumpulan kongsi gelap atau sekadar suka-suka. Namun, bagi masyarakat Iban di negeri ini, ia adalah lambang kelakian, kepahlawanan, kemenangan perang serta mengangkat status seseorang lelaki.
MAKANAN TRADISI KAUM IBAN
HINAVA
Hinava atau nama lainnya iaitu Hinava Ginapanmerupakan salah satu makanan kaum Iban di Sarawak.Makanan ini selalunya disajikan semasa Hari Gawai.
LATAR BELAKANG
ASAL-USUL
Pada zaman pemerintahan kesultanan Brunei,seorang pelayar dari China telah singgah di Sarawak.Disana,pelayar tersebut telah memperkenalkan sejenis makanan yang dipanggil Hinava.Dahulunya,ia berbentuk bulat dan diperbuat daripada isi ikan sahaja.Pelayar tersebut juga memperkenalkan makanan itu kepada masyarakat Iban.Setelah masyarakat Iban tahu cara untuk membuatnya,mereka menambahkan isi ikan yu,udang,sotong dan sebagainya.Isi ikan juga dipotong menjadi kecil.
PANTANG LARANG
Kebersihan dan kesegaran amatlahdititikberatkan.Ikan,udang atau sotong haruslah yang segar-segar dan terus dimasak.
UMAI
Umai . Makanan Kebudayaan dari kaum Iban. Sedapnya Umai ni.. Pedas nyer bukan main.
AYAM PANSUH
AYAM PANSUH . Salah satu dari makanan tradisional kaum Iban setiap kali perayaan Krismas dan Hari Gawai. Ayam di masak dalam buluh. Sedap wo!
CAKAR AYAM
Cakar ayam.Makanan tradisional kaum Iban yang pasti ada di rumah panjang setiap kali perayaan Gawai .
MIDIN BELACAN
Midin  belacan  makanan  tradisional  orang  iban .
PEKASAM ENSABI
Jeruk  atau  pekasam ensabi, makanan tradisional kegemaran orang Iban merupakan sejenis sayur sawi jeruk yang begitu popular di rumah panjang. Rasanya yang masam dan sedikit masin amat sedap dinikmati dengan hidangan nasi panas, dan sehingga kini hidangan yang diwarisi sejak zaman nenek moyang terus digemari.