Monday, September 5, 2016

TARIAN TRADISI

Tarian Ngajat.
Tarian Ngajat sangat popular dalam kalangan orang Iban di Sarawak.
Tarian Ngajat terdiri daripada beberapa jenis, antaranya ialah:-
  1. Ngajat Induk
  2. Ngajat Bebunoh
  3. Ngajat Lesong
  4. Ngajat Semain
  5. Ngajat Berayah
  6. Ngajat Pua Kumbu
  7. Ngajat Kuta
  8. Ngajat Ngalu Temuai
  9. Ngajat ““Ngemai antu pala”
Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai orang-orangIban sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dahulu tarian tersebut ditarikan selepas mereka kembali dari berperang.
Tarian ini ditarikan dengan berdiri atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Bagi Gawai Sandau Arigendang rayah dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang yang menyambut gawai untuk berayah sambil membawa tengkorak musuh.
Satu lagi jenis tarian ini ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan.

Pakaian tradisiSunting

Penari lelaki akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung merupakan sejenis baju yang tebal dan keras yang diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruangtetapi tidak dijahit kiri dan kanannya.
Bagi penari wanita atau digelar sebagai 'kumang', mereka memakai pakaian tradisi seperti sugu tinggi sebagai hiasan kepala, rawai tinggi di bahagian dada, kain tenun yang diikat pada pinggang, gelang tangan dan kaki, dan anting-anting.

Peralatan muzikSunting

Muzik iringan dimainkan daripada alat-alat seperti gong besar (tawak) dan gong sederhana (bebendai), gendang ataudedumbak dan satu set gong kecilengkurumongSapeh adalah alat muzik bertali seperti gitar.

No comments:

Post a Comment